Koleksi Wawa Zainal di Galeri Tudung Hajra

Sunday, April 17, 2016

Assalamualaikum semua! Bagi muslimah hijabista sekalian, Mieza ada berita baik untuk anda semua ^_^ Semalam Mieza diberi kesempatan untuk pergi ke Galeri Tudung Hajra dekat Bangi sebab ada pelancaran tudung-tudung baru dalam Koleksi Wawa Zainal. Kalau korang belum tahu lagi, Wawa Zainal ialah duta baru untuk jenama tudung Hajra. Wawa ni memang comel betul, macam anak patung bila jumpa beliau secara live semalam. Lemah lembut orangnya bila beramah mesra dengan peminat.


Bersama rakan-rakan blogger 

Dalam Koleksi Wawa Zainal ada tudung jenis shawl dan juga instant jadi kita semua boleh pilih nak yang mana satu, takde la rasa macam terhad sangat kan? Pilihan warna yang ditawarkan juga sangat menarik, ada kombinasi warna terang dan juga warna pastel. Mieza perhatikan dalam Koleksi Wawa Zainal, mereka banyak menggunakan warna pastel pada tudung instant, manakala untuk shawl mereka gunakan kombinasi warna terang dan fabrik bercorak. Untuk tudung instant, ada yang simple sekali sarung dah siap pakai, contohnya tudung Instant Nelly Bubble dan Instant Qaleesya Bubble dan ada juga yang menggunakan konsep inner silang, namanya Instant Fathia.

Bubble tu jenis fabric chiffon yang tak mudah renyuk, jadi tak payah iron and senang bawa travel ^_^
antara warna yang available untuk Instant Nelly Bubble
rambang mata tak tahu nak beli instant nelly, qaleesya atau fathia


Untuk pengetahuan pembaca semua, sekarang Galeri Tudung Hajra sedang mengadakan promosi besar-besaran tau. Bukan sahaja untuk Koleksi Wawa Zainal, tapi semua koleksi yang korang boleh nampak dalam kedai tu, mesti ada harga promosi (diskaun) atau pun best price. Percaya tak, korang boleh jumpa tudung instant dengan harga bermula serendah RM6 kat Galeri Tudung Hajra? Ini bukan cobaan tau, ini betul-betul ^_^ Mieza rasa heaven sangat spend time dekat Galeri Tudung Hajra semalam sebab selain cuci mata tengok tudung cantik, hati pun senang lepas tengok harga, poket pun tak rasa merana lepas bayar sebab dapat 3 tudung terbaru yang cantik meletops dengan harga RM100 je, berbaloi-baloi pelaburan beta semalam, hehe!







Sebagai menghargai sokongan peminat tudung Hajra, mereka sekarang sedang ligat buat sale up to 85% tau setiap hujung minggu untuk semua store yang ada. Jadi tak kira lokasi korang semua kat mana, asalkan ada Galeri Tudung Hajra berdekatan, korang semua boleh shopping dengan aman sebab tak perlu pergi jauh-jauh, jimat duit minyak. Macam mana pula kalau ada yang tak berkemampuan dari segi masa dan pengangkutan nak ke Galeri Tudung Hajra? Ok jangan risau, korang boleh juga buat online order melalui website www.hajraonline.my dan juga order melalui whatsapp (usha tudung Hajra dekat Instagram sampai berkenan lepas tu whatsapp kat 011-10637864 untuk place order). Nampak tak betapa baiknya pihak pengurusan Galeri Tudung Hajra, sampai kat whatsapp pun boleh order tudung? Betul-betul terbaik service diorang ni nak mudahkan urusan customer ^_^



So pembaca sekalian, cepat-cepat la korang serbu Galeri Tudung Hajra yang berdekatan untuk memborong tudung mereka ya? Pada Mieza, dengan kualiti tudung dan harga yang mereka tawarkan ni memang tak salah kita beli banyak-banyak sebab confirm tak rasa menyesal lepas pakai. Nak cantik bergaya kadangkala tak perlu sampai pokai kan? Apabila ada offer harga menyengat macam kat Galeri Tudung Hajra, haruslah kita rally mak ayah makcik pakcik adik kakak sepupu kawan baik lecturer jiran sekampung semua pergi beli tudung Hajra, okay? Happy shopping!
Nampak shawal yang Mieza pegang tu? Selamat dibeli sebagai hadiah kat kawan Mieza semalam, hehe!
*Picture credits to Norfa and Kolin*

Galeri Tudung Hajra

whatsapp order : +6011-1063 7864

You Might Also Like

0 comments

Thank you for commenting, I'll reply as soon as possible!

About Me

like us on facebook

Popular Posts