Tabayyun dan Tuntutan Berzakat

Tuesday, June 28, 2016

Assalamualaikum :)

Ingat tak setiap kali scroll Facebook, berapa banyak post tentang "bayi sakit perlukan bantuan" atau "derma ikhlas pesakit kanser tahap 4" yang anda nampak di-share oleh rakan-rakan tak kira masa? Itulah norma dalam masyarakat kita yang mudah bersimpati setiap kali nampak perkongsian cerita sedih bersulam gambar yang meruntun hati. Memang tak dinafikan, kita ada perasaan ihsan atau belas kasihan kepada insan yang memerlukan kerana bantuan tu lah saham akhirat kita. Alangkan kucing tepi tangga tu pun kita bagi makan, apatah lagi nampak orang sakit mestilah kita nak bantu, betul tak?

Tapi pernah juga tak anda semua pastikan akan kesahihan cerita yang disebarkan tu sebelum anda sendiri tekan button "share" sambil tag kawan dan ahli keluarga? Kadangkala kita tak tahu yang wujudnya scammers buat kerja songlap duit pakai gambar orang lain yang sakit, betul tak? Lepas tu lagi tak baik kalau share sambil kutuk "kesian orang susah tak dapat zakat" atau "ni mana pegawai pusat zakat tak nampak ke orang susah tak dibantu?". Tak pasal-pasal pusat zakat dapat nama..tak baik tau camni~


Sebab tu la pentingnya kita semua perlu mendalami konsep Tabayyun sebelum kita start klik sana sini nak share cerita orang susah tak dibantu. Bukan nak ajak korang jadi berkira bab memberi sumbangan, tapi mahu ke kita tersalur bantuan terutamanya wang ringgit kepada individu tak bertanggungjawab (scammers) seandainya kita tak semak dulu status bantuan dengan Pusat Zakat. Secara ringkasnya, Tabayyun mengajar kita untuk memeriksa kesahihan sesuatu berita sebelum kita mula menyebarkan cerita. Rugi juga kalau kita share cerita tanpa usul periksa, boleh menyebabkan kerugian tak kira sama ada dalam bentuk wang mahu pun pahala kita, sebab kalau salah kongsi siap ditokok tambah, hai naik la 'saham' awak ye tak?

Bagi yang masih kurang arif dengan konsep Tabayyun, apa kata anda luangkan sedikit masa dan tengok video di bawah ni. Ada penjelasan tentang Tabayyun dan situasi yang boleh dibuat contoh supaya kita mudah faham ^_^


Mungkin anda akan rasa "alah kita nak tolong orang pun kena check rekod ke? Susahnya nak menolong!". Sebenarnya bukan susah, tapi kita kena pastikan ketelusan setiap prosedur pendaftaran dan pengagihan bantuan zakat supaya tak terlepas ke tangan pihak yang tak bertanggungjawab, tak layak terima zakat atau mengambil kesempatan secara berpura-pura perlukan zakat. Orang macam ni wujud ya, jangan ingat tak ada keliling kita :)


Jangan disebabkan kemalasan kita untuk mengamalkan Tabayyun, orang yang tak layak dapat zakat atau menipu ni dapat bantuan yang bukan hak mereka. Kita kena sedar yang ramai insan memerlukan kadangkala tidak tahu bagaimana mereka nak mohon zakat, seterusnya mereka tenggelam di bawah timbunan cerita palsu orang yang ambil kesempatan. Tugas kita sebagai Muslim yang prihatin haruslah kena pastikan orang yang benar-benar layak dapat bantuan yang sepatutnya.


Sekarang kita semua dah tahu apa itu Tabayyun dan kepentingannya, apa kata kita refresh sikit ingatan tentang basic knowledge berkenaan zakat? Disebabkan Mieza sekarang bermastautin di Kuala Lumpur, pusat pungutan zakat yang bertanggungjawab tentulah PPZ Wilayah Persekutuan di mana hasil pungutan akan diserahkan kepada Baitulmal MAIWP yang bertanggungjawab membahagikan seadilnya kepada golongan asnaf yang layak. Bagi anda yang berada di kawasan lain, boleh check senarai Pusat Pungutan Zakat melalui link di bawah :
Untuk melaksanakan pembayaran zakat, selain daripada mengunjungi kaunter bayaran zakat, terdapat juga kemudahan bayaran zakat melalui pemotongan gaji atau menggunakan online banking. Siapa yang biasa gunakan perkhidmatan online banking melalui Maybank2u boleh cuba tengok tutorial bayaran zakat online DI SINI ya :) Jenis-jenis zakat yang kita perlu tahu :
  • Zakat pendapatan
  • Zakat perniagaan
  • Zakat wang simpanan
  • Zakat saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat emas
  • Zakat perak
  • Zakat pertanian
  • Zakat ternakan
Kesimpulannya, sebagai umat Islam yang merdeka, sempurna, cukup nisab, cukup haul dan tambahan sekiranya anda juga merupakan ahli perniagaan, maka tunaikanlah zakat dengan sempurna dan amalkanlah Tabayyun dalam ibadah zakat anda ya ^_^ semoga amal kita sentiasa diredhai dan diterima Allah hendaknya, insyaAllah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :


Website : www.zakat.com.my/
Hotline : 1-300-88-5757

You Might Also Like

1 comments

Thank you for commenting, I'll reply as soon as possible!

About Me

like us on facebook

Popular Posts